Pengikut

Khamis, 31 Disember 2009

Koleksi Bakul Kertas Surat Khabar

Bakul diperbuat dari akhbar...sesuai untuk dijadikan buah tangan buat tetamu dimajlis perkahwinan atau majlis hari lahir dan sebagainya. Apa kata jika anda beralih selera kepada bakul unik ini sebagai hadiah buat para tetamu untuk dibawa pulang.
Sekiranya berminat boleh lah menghubungi Ummie di talian:
(014-8203127)
Tempahan kurang dari 100 unit harga RM 1.20
Tempahan lebih dari 100 unit harga RM 0.80
Koleksi 1 (kertas)
Koleksi 2 (kertas)

Koleksi 3 (kertas)

Koleksi 4 (kertas)









Koleksi Bakul Telur

Bakul cute dari rotan ini sesuai untuk potpuri, bunga rampai, telur atau apa-apa je sebagai tanda ingatan kepada tetamu di majlis perkahwinan, majlis hari lahir anak-anak atau anda sendiri...hulurkan bakul cute ini sebagai tanda ikatan persahabatan, sebagai pengukuh persaudaraan, sampaikanlah tanda itu melalui tempahan
Jika berminat sila hubungi Ummie
(014-8203127)


















Rabu, 30 Disember 2009

Definisi atau maksud KRAFTANGAN

Definisi Kraf


"Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf".

"Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.

sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979


Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraftangan.

Sila ke WIKIPEDIA untuk maklumat lanjut


SeLamaT DatanG

Assalamualaikum...

Salam Sejahtera.
Selamat datang ke blog "Hasil Seni Kraftangan". Mari berkongsi pengalaman atau idea dari hasil kerja tangan, disamping menambah pengetahuan kita juga berpeluang mempergunakan keistimewaan itu untuk menambah pendapatan.

Semuga kita dapat manfaat darinya.