Pengikut

Rabu, 24 November 2010

BAKUL TELUR dari kertas surat khabar

Di blog ni bukan sahaja boleh dapati kraftangan berasaskan rotan tapi, terdapat juga kraftangan dari bahan kitar semula. Bahan tu sudah tentu kertas surat khabar...Mungkin diantara pembaca atau yang berada diluar sana sudah mengenali kraftangan dari bahan terbuang itu atau kraftangan dari kertas surat khabar, ya...kraftangan dari bahan tersebut memenuhi setiap iklan-iklan yang ada di internet...

Pihak kami juga mengambil kesempatan untuk mempromosikan bakul telur dari kertas surat khabar. Jika dilihat seni buatan nya atau cara anyaman seakan hampir sama seperti anyaman rotan...tetapi jika diteliti dengan baik, ia adalah hasil seni yang unik dari bahan terbuang kertas surat khabar.

Jadi, tuan-tuan dan puan-puan jika anda rajin....jika anda kreatif orangnya...jika anda mahu menjimatkan kos...jika anda apa-apa aje lahh...selepas ni kumpul kertas surat khabar....jangan dibuang....nanti kotor dan mencemarkan alam.

Adalah lebih baik anda gunting atau potongkan kertas surat khabar itu kebeberapa bahagian...untuk dijadikan kraftangan. Bahagian yang dipotong tersebut perlulah digulung bulat menggunakan lidi ke atau seumpama. Kemudian, sudah selesai bahagian itu dianyam untuk dijadikan kraftangan 
seperti Bakul Telur Kertas Surat Khabar...

Cuba lihat gambar dibawah ni...Ini adalah contoh yang kami buat...

BAKUL TELUR KERTAS SURAT KHABAR

Agak-agak jadi tak jika tuan-tuan puan-puan menganyam menggunakan kertas surat khabar. 
Mesti boleh. Kami boleh beri panduan. InsyaAllah. 

Sekiranya kekurangan masa order je...

Kraftangan dari anyaman rotan ada peminatnya tersendiri, 
begitu juga kraftangan dari anyaman kertas surat khabar ada peminatnya. 

Kepada Peminat Anyaman Kertas Surat Khabar Berita baik untuk anda yang sedang 
mencari BAKUL TELUR seperti ini...
TINGGALKAN pesanan tempahan melalui borang tempahan didalam blog ini atau sms atau email 


Rabu, 27 Oktober 2010

KOLEKSI BAKUL TELUR TERKINI

Pelbagai warna mengikut kesukaan dan pilihan
Pelbagai saiz boleh ditentukan mengikut kesesuaian majlis.
Ditambah accessories pada badan bakul, rama-rama rotan.
Hubungi kami (014-8203127) 

Kombinasi warna hitam dan warna asli rotan.
RM 3.50/pc

Kombinasi warna pinang masak dan warna asli rotan.
RM3.50/pc

Warna kuning diselangi warna asli rotan.
RM3.50/pc

Warna asal rotan keseluruhannya
RM3.00/pc

Warna pink sebagai penyudah/kekemasan bahagian atas.
RM3.00/pc




Selasa, 21 September 2010

BASKET MASTER

Nancy Jacobs

Kepada peminat-peminat untuk koleksi bakul rotan, kami sarankan layari lah blog dari Mexico ini di alamat http://basketmasterweavings.blogspot.com/. Anda pasti berpuas hati dari hasil kerjanya yang mengkagumkan. Blog Nancy Jacobs ini dijadikan panduan dan rujukan untuk kami terus berkecimpung serta memperbaiki kekurangan yang ada di blog "ummiecraft" ini.


Kami sempat menghantar email kepada Nancy...berikut adalah balasan email dari Nancy



Komentar dari Nancy amat bermakna untuk kami terus menghidupkan Seni Kraftangan khususnya dari hasil rimba rotan ini. Mungkin satu hari nanti kami akan mengunjungi Nancy untuk melihat lebih dekat hasil kerja tangannya.

Jumaat, 3 September 2010

Proses Mewarna Rotan

Bagaimana Mewarna Rotan
Disini disertakan cara-cara untuk kita mewarnakan rotan. Mudah dan ringkas je...nanti boleh cuba. Mudahan panduan ini berguna untuk anda yang baru berjinak-jinak dengan seni kraftangan.
MARI CUBA....Langkah Demi Langkah
1. Sediakan periuk besar. Masukkan air, panaskan hingga mendidih.


2. Masukkan serbuk pewarna. (dye) ke dalam periuk. Aturan nya untuk 1kg rotan bersama 1 sudu serbuk pewarna.

3. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan rotan.

4. Biarkan selama 1 jam lebeh kurang, sambil-sambil membalik-balikkan rotan dalam periuk tadi supaya sekata.

5. Dah cukup masa, angkat rotan kemudian jemur ditempat teduh dari sinaran matahari. Mudah je kan...






















Isnin, 30 Ogos 2010

KITA ANAK MALAYSIA


Salam Kemerdekaan buat semua warga Malaysia walau dimana-mana berada.

Dimana anda untuk SAMBUTAN KEMERDEKAAN TAHUN 2010

Tahukah Anda Kita akan menyambut Kemerdekaan yang ke berapa?
Tahukah Tema Kemerdekaan untuk tahun ini?

2 soalan ini pasti secara spontan dijawap jika....jawap sendiri la..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53

"1MALAYSIA MENJANA TRANFORMASI"

Merdekaaaaaaa.....Merdekaaaaaa....Merdekaaaaaa


Rabu, 18 Ogos 2010

BAKUL HAMPER

BAKUL HAMPER dari anyaman rotan

Kepada sesiapa atau mana-mana syarikat yang memerlukan BAKUL HAMPER dari anyaman rotan ini berhubunglah dengan kami segera untuk tempahan.

BAKUL HAMPER dari ummiecraft 

Bakul Hamper rotan. Tapak dari plywood polyester
Saiz: 40cm x 30cm x 10cm


Bakul Hamper rotan penuh + rotan berwarna merah

Bakul Hamper rotan berwarna + tapak plywood polyester + bertangkai




Ahad, 15 Ogos 2010

Tempahan Bakul Telur Merah dan Putih


Tempahan pelanggan datangnya dari Selangor. 

Kami bersama-sama menyiapkan tempahan bakul telur rotan warna merah / nature color dan warna putih keseluruhannya.


Bakul Putih dimasukkan kedalam kotak untuk dihantar ke Bangi Selangor.
Bakul telur rotan berwarna putih dan merah sedia menunggu untuk dimasukkan kedalam kotak.



Terimakasih buat Kakak Sal dari Bangi, Selangor. Walaupun harinya masih jauh lagi kami 
ingin ucapkan 
"Selamat Menanti Hari Ketibaan Majlis Perkahwinan".....
mudahan selamat segalanya. InsyaAllah.

Khamis, 12 Ogos 2010

Happy Blessed Ramadhan


Jika Allah berkehendak InsyaAllah kita kan menemui Ramadhan dengan penuh barokah.

Semoga Gelaran taqwa InsyaAllah akan menjadi milik kita yang berharga sebagai modal langkah kita selanjutnya.
"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"
Kepada Pengunjung UmmieCraft yang setia...terimakasih yang tak terhingga kepada yang pernah berurusan dengan kami. Semuga KALIAN dirahmati dan diberkati.
Amin.

Khamis, 5 Ogos 2010

eBook PANDUAN MENGANYAM BAKUL TELUR ROTAN



Dapatkan eBook "Panduan Menganyam - Cara Mudah menganyam BAKUL TELUR ROTAN.
Penerangan diberikan secara mudah difahami, mengandungi keterangan bergambar, lakaran gambar, langkah demi langkah menganyam bakul telur rotan.

Kandungan muka surat : 24 helaian.

Rabu, 4 Ogos 2010

PERHATIAN - Cik Sarah dari Melaka

Mohon Cik Sarah yang pernah hubungi kami 
melalui email ummiecraft@gmail.com berkenaan 
Bakul Telur Rotan...
mohon hubungi kami di 014-8203127 atau melalui email lan2779@gmail.com. 

Terimakasih

Khamis, 15 Julai 2010

Jumaat, 9 Julai 2010

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2010

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MEMERIAHKANNYA

DI EAST COST MALL
KUANTAN, PAHANG

29 JULAI 2010 - 02 OGOS 2010

Maklumat lanjut :Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang

Selasa, 6 Julai 2010

PROMOSI BAKUL TELUR ROTAN

 HARGA : CUMA RM1.00/pc 
Jika tempahan anda 500pc keatas
sebagai BONUS 
E-Book PERCUMA
"Panduan Asas Menganyam - Cara Mudah Menganyam Bakul Telur Rotan"

“Seni itu indah dan menghiburkan”

Jika anda kesuntukkan masa

Biar kami uruskan

Tentukan saiz dan warna kehendak hati

Kami di UmmieCraft akan melakukan yang terbaik untuk anda

Hubungi kami di:

014 - 8203127

BAKUL TELUR ROTAN ANEKA WARNA

Bakul Telur Perkahwinan

Harga : RM 1.40/pc

Warna : Merah, Hijau , Hitam, Biru, Kuning, Oren, Coklat,  Unggu
Stock: Make to order basis (melalui tempahan awal)

Price negotiable subject to volume order

 Contoh Warna Hijau Muda 

 Contoh Warna Hijau Tua 

  Contoh Warna Hitam

 Contoh Warna Merah


Jumaat, 25 Jun 2010

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Seniman dan Konsert Bintang

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) Seniman & Bintang-Bintang JKKN 2010
18 Jun 2010 - 19 Jun 2010
Anjuran :
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Pejabat Khidmat Rakyat ADUN Sg Lembing
Majlis Perbandaran Kuantan
------------------------------------------------------------------------------------
Program Merakyatkan Seni Budaya merupakan program di bawah selian Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKWA) dan kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK). Program tersebut mula dilaksanakan setelah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 25 Januari 2005.

Kekuatan untuk merealisasikan program murni ini didasari atas fakta untuk memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya Negara di samping memupuk semangat kerjasama ke arah meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan selaras dengan pengukuhan jati diri bangsa Malaysia.

Kami di ummiecraft berkesempatan mengadakan pameran dan jualan kraftangan dibawah selian gerai KEMAS dari Kolek SG Lembing. Disamping jualan kraftangan kami juga mengadakan jualan Ice Blended - Malaya Expresso. Alhamdulilah...rezeki itu dimana-mana asalkan kita berusaha.

Antara aktiviti diadakan:
Senam Seni 1Malaysia, Pertandingan Sukan Rakyat, Sepak Raga Ratus, Tarik Tali ,Congkak , ANYAM KETUPAT ,Pertandingan Karaoke ,Galah panjang, Bola sepak 5 sebelah, Terompah gergasi, Bowling kelapa, Pakaian beragam, Treasure Hunt

Antara produk kraf di pameran dan jualan







Selasa, 15 Jun 2010

Cintai Warisan Kraf Malaysia - SITI NUR HALIZA

CINTAI WARISAN KRAF MALAYSIA
Lirik Lagu
Siti Nur Haliza

Bertari budaya warisan kita
Bertata harmoni alam bangsanya
Berseni tinggalan pandai orang lama
Halus tenun halus coraknya

Pakai dan hiasilah
Diri dan kehidupan
Dengan kraf buatan Malaysia
Lambang jatidiri bangsa

Dicanai ditempa dengan semangat
Dipahat diukir penuh berhemat
Digali dilukis menyentuh jiwa
Tinggi mutu nilai seninya

Rasakan biasakan
Luangkan kegunaan
Dengan kraf buatan Malaysia

Di desa di bandar ataupun di kota
Guna pakai barangan kita
Galak membeli galak memakai
Ekonomi kita pun turut berkembang

Cintai tiap masa kraf Malaysia
Emas kain kayu atau apa saja
Beli guna pakailah kraf Malaysia
Dengan penuh kebanggaan

Cintai selamanya kraf Malaysia
Nilai seni tinggi tiada bandingan
Sayangilah warisan kraf Malaysia
Lambang jatidiri bangsa


KENALI ROTAN

ROTAN
  • Sejenis tumbuhan palma yang menjalar
  • Tumbuh liar dihutan-hutan nusantara
CONTOH ROTAN
  • Rotan Air
  • Rotan Bakau
  • Rotan Batu
  • Rotan Bukit
  • Rotan Kera
  • Rotan Kolam
  • Rotan Manau
  • Rotan Sega
  1. Rotan batu, rotan manau dan rotan sega adalah yang terbaik.
  2. Di Malaysia rotan ditanam secara komersial atau tanaman selingan diladang.
  3. Sabah, Sarawak, Perak dan Pahang adalah pengeluar terbanyak rotan.
PROSES ANYAMAN ROTAN
  • Terdapat beberapa kaedah untuk memastikan rotan boleh dianyam.
PROSES 1 - MENETAK
  • Bahagian batang rotan digunakan sebagai bahan anyaman.
PROSES 2 - MENGASING
  • Rotan yang ditetak tadi perlu diasingkan daripada kulitnya yang berduri dan dari batang yang keras.
  • Rotan diraut dan dimasukkan kedalam minyak diesel dan minyak kelapa selama 50 minit.
  • Tujuannya supaya rotan tersebur tahan lama dan tidak mudah luntur.
PROSES 3 - MENGERINGKAN
  • Rotan dicuci dan dikikis untuk hilangkan kesan minyak.
  • Dijemur selama 1 minggu untuk memberi daya ketahanan.
PROSES 4 - MENCELUP
  • Setelah kering rotan dicelup ke dalam bahan kimia.
  • Kemudian dimasukkan kedalam mesin pengasap (asap belerang).Tujuannya untuk memutihkannya.
PROSES 5 - MENJEMUR
  • Rotan perlu dijemur lagi untuk mengurangkan kandungan air, akibat proses pencelupan bahan kimia tadi.
  • Dijemur dan dikeringkan dibilik pengeringan.
  • Biasanya disalai menggunakan kayu arang
PROSES 6 - MEMOTONG
  • Setelah kering barulah rotan dipotong.
  • Menggunakan mesin potong yang tajam untuk mengelakkan dari pecah.
Proses varnis jika dilakukan pada rotan akan memberi ketahanan berganda dan lebih menarik.

*sumber / rujukan dari internet, buku Siri Warisan Seni Kraf Anyaman.Cipta Pulishing

Ahad, 13 Jun 2010

Bengkel Anyaman Rotan

Puan Norsiah binti Ismail
Pemaju Masyarakat Kemas

Jika anda berpeluang ke Negeri Pahang Darul Makmur khususnya bandar Kuantan, jangan lupa singgah di Bengkel Anyaman Rotan dan Pelbagai, bertempat dan dibawah seliaan Kemas RRM Kolek, Jalan Sungai Lembing, Kuantan.Menurut Pemaju Masyarakat Kemas, Pn. Norsiah bt Ismail...bengkel ni dibuka pada tahun 2008

dan kini mempunyai peserta terlatih terdiri dari 6 orang. Mereka dari kalangan penduduk setempat dan kawasan sekitarnya. Selain peserta tetap itu terdapat ahli-ahli atau pencinta kraf yang sama-sama mencipta, melahirkan idea-idea kraf untuk diketengahkan......

Banyak produk-produk kraftangan rotan dikeluarkan, antaranya tudung saji, bakul beg pakain, bakul laundry, dulang air, bekas pensil dan pelbagai. Kami ummiecraft mengucapkan ribuan terimakasih kepada Kak Siah (panggilan kami kat dia...) beliau adalah tempat kami membuat rujukan, tunjuk ajar, ilmu-ilmu kraf tidak disimpan macam tu je....diwarisi kepada pencinta, peminat atau sesiapalah...

Kak Siah juga mengadakan kelas anyaman, setiap hari khamis. Jika sesiapa yang berminat boleh lah berkunjung ke Bengkel Anyaman Kak Siah di Kolek, Jln Sungai Lembing.

Sekarang ni Kak Siah dan peserta-peserta sedang sibuk menganyam untuk jualan dan pameran dibawah kelolaan Kraftangan Pahang di Water Park, Gambang.

Projet anyaman terbaru Kak Siah...

Menarik tak..?? menarik kan. Tudung saji di anyam menggunakan reben. Jika anda berminat boleh menghubungi Kak Siah atau hubungi kami pun boleh (014-8203127)

okay... berundur dulu di lain artikel.

"Cintailah Kraf Malaysia"

Tempahan Bakul Telur Rotan




Minggu yang bz...

Antara gambar-gambar bakul telur rotan yang telah siap kami anyam. Ada 2 warna menurut kehendak pelanggan kami. Anyaman atas berwarna pink dan hijau.

"Selamat Pengantin Baru" buat anak Wak Din. Muga kekal ke akhiratnya hendaknya.


Khamis, 10 Jun 2010

Pameran dan Jualan


Sebahagian gambar-gambar di Pameran dan Jualan Kraftangan, anjuran Kraftangan Pahang bertempat di MegaMall Kuantan.

Beberapa kraftangan adalah dari koleksi ummiecraft


Rabu, 9 Jun 2010

Seni Anyaman

*sumber gambar dari internet
Menganyam adalah satu proses menjalin helaian atau jaluran daun, lidi, rotan, buluh dan beberapa jenis tumbuhan dengan cara menyusupkan antara satu sama lain. Bahan tumbuhan itu dikeringkan dan dibentuk terlebih dahulu sebelum proses anyaman dilakukan.

Secara keseluruhannya seni anyaman tidak banyak perbezaannya, bergantung kepada bahan tumbuhan yang digunakan.

Menganyam merupakan salah satu aktiviti kraftangan yang telah diamalkan oleh masyarakat sejak dahulu lagi, kebanyakannya menjurus kepada kepada barangan seperti tikar, bakul, kelarai dan tudung saji.

Wujudnya teknologi baru telah merubah dan menyebabkan lebih banyak barangan dicpta seperti perabot dan perhiasan diri.

Kini dengan adanya teknologi baru itu timbul seni anyaman daripada plastik dan tali. Bagi memastikan senii anyaman terus mendapat psaran dalam dan luar negara, pelbagai barangan perlu direka, dicipta menurut keperluan dan kehidupan seharian masyarakat.

Ini bermakna seni anyaman mendapat tempat dan potensi yang baik apabila dipasarkan keluar negara. Oleh itu penghasilan yang bermutu adalah penting untuk memastikan anyaman terus hidup dan diminati.

Selasa, 8 Jun 2010

Topi Hiasan Dinding




Topi 'Pink' dari anyaman rotan yang bermutu ni sesuai dan menarik jika menempatkannya di dinding ruang tamu anda. Decoration dinding ni lebih menyerlah jika dihiasi reben atau bunga sebagai pelengkap hiasan. Anda juga boleh menentukan saiz dan warna.

Berminat...

SMS kami 014-8203127

Produk Kami

Antara produk kami paling tinggi ditempah...adalah dari koleksi Bakul Telur Rotan anda boleh tentukan saiz dan warna. Harga dari RM1.00 hingga RM1.60


Pelbagai koleksi Bekas Pensil dari anyaman rotan yang bermutu. Boleh tentukan saiz dan warna pilihan mengikut kehendak sendiri.