Pengikut

Rabu, 21 Disember 2016

Lawatan Orang TV

Lawatan dokumentari 


Assalamualaikum...

Ummiecraft kembali lagi...

Kali ni sekitar lawatan dari orang-orang Tv...katanya untuk dukomentari...kami terima dan sambut mereka dengan hati yang lapang...hari itu dapatlah kami ummiecraft bergambar dengan Wan Sharmila dan Atie AF
Wan Sharmila bersama bakul rotan nya
Atie AF, Ummie, Liza, Wan Sharmila

Sekitar gambar lawatan orang TV ke teratak kami ummiecraft
Sebagai tanda hormat dan kenangan ummiecraft hadiahkan bakul mini rotan dan lampu gasoline dari rotan untuk mereka bawa pulang...terimakasih kerana mengunjungi teratak kami serta memberi peluang kepada kami ummiecraft untuk memperkenalkan barangan kraf dari anyaman rotan ini kepada masyarakat di luar sana..

Lampu Gasoline Rotan
Kepada yang memerlukan lampu Gasoline Rotan ini boleh lah berhubung dengan Ummiecraft :
whatsapp @ call : 014-2136157 / 013-9952664



Rabu, 21 September 2016

BAKUL ROTAN

Bakul Anyaman Rotan


Mini Basket
Bakul yang dianyam menggunakan bahan hasil rimba rotan adalah indah 
jika ia dijadikan hiasan dalaman di rumah-rumah, menggunakan bahan semulajadi ini 
tampak lebih berseri andai kita menghiasi bakul-bakul rotan tersebut dengan hiasan hidup. 

Ditempatkan disudut-sudut ruang tamu, bilik, dapur dan sebagainya.
Bakul jika dibiarkan tanpa penjagaan yang rapi boleh mengakibatkan keindahannya tidak terserlah, andai kita membiarkan habuk serta kotoran melekat pada bakul...

Dari itu....
Ummiecraft ingin menurunkan petua serta kaedah bagaimana membersihkan bakul-bakul rotan itu supaya nampak lebih berseri juga tahan lama.

Antara kaedahnya:
  • Bersihkan bakul tersebut menggunakan vakum...buangkan segala habuk yang melekat. Jika kotoran degil tu susah nak tanggal...guna sahaja berus gigi kering yang lembut.
  • Kemudian lembabkan kain (kain seperti kain lampin budak) dengan campuran air + cuka. Lapkan ke bakul anda.
  • Kemudian air + sedikit sabun untuk mencuci keseluruhan bakul. Memadai dengan mengelap..jangan di basahkan semua..
  • Bilas dengan air bersih. Kemudian keringkannya...lap dengan kain. Biarkan kering kaedah cahaya matahari.
Mudah je kan...selamat mencuba...:)